Wednesday, March 16, 2011

shooting?? betul ke??

Halu..halu..halu...
ape kabar semua??
hope korang sihat...tau, jaga kesihatan anda...

hari ni aku nak mulakan kisah dengan kisah aku shooting...
shooting?? betul ke??
jangan terkejut tau..aku diajak untuk menjadi pelakon extra..
pelakon extra je..tak lebih pun..hehe..
bukan nak berlagak atau apa..
macam yang aku dah selit dalam mana-mana blog sebelum nie..
semua yang aku tulis dalam blog ini..bukan untuk berlagak atau bangga diri..
ini cuma perkara yang aku lalui dalam hidup nie..heeee..

kisah dia bermula seperti ini.......
pada petang yang nan indah..ceh!!
aku dengan mummy..(kawan aku le)
pergi membeli belah kat pasaraya SUN HIN..(kedai runcit dekat asrama)
maklumlah, baru dapat duit ptptn..jadi pergi la membeli belah..
tiba-tiba satu deringan berbunyi...
lagu Bruno Mars 'I Wanna Be A Bilionare' pulak tu..
mummy angkat...

beberapa minit kemudian, tengah aku syok membelek-belek cari barang mandian..
"ernie, cepat! Anas suruh kita pegi bilik 17.."
aku tanya kenapa..
mummy jawab, "Anas kata, orang produksi tu nak orang lagi.."
pelakon extra dalam cerita drama yang bakal ditayang di tv 1 tak pun tv 2..tak pasti...
dengan tergesa-gesa kitorang pergi le..
si Anas tu kata kena bawak baju dua atau tiga helai..
tapi kitorang nie degil..bawak baju sehelai je..
sampai sana..tunggu berapa minit, lepas tu start shooting..
nak tau sapa pelakon dia??
CIK ALMY NADIA...haha..
 aku siap duduk kat sebelah dia..tapi jarak la sikit..

haa..tapi aku tabik kat produksi drama tu..semua sporting gile...
ada lagi sorang pelakon, dia bawa watak cikgu..
baru aku tau diorang nie sporting gile..siap melatah lagi..melatah menari tarian ANITA SARAWAK..
hehe..kelakar gila...tapi sayang lupa nama pelakon tu..
berapa scene kitorang kena wat..
4 kali diorang suruh kitorang tukar baju..
terpaksa turun naik - turun naik tangga semata-mata nak tukar baju kat asrama..
tulah padahnya kalau degil..tak nak dengar kata orang...
tapi..best sangat...tengok le cite tu nanti ye...bukan nak suruh sebab aku ada kat dalam..
tapi kita sebagai warga MALAYSIA harus menyokong drama tempatan kita..(yo yo oll)
saja je la..gurau je..kalau korang nak tengok, drama tu bertajuk
"NIAT HAWA"
akan ditayangkan pada bulan 5 ini..tv berapa tu aku tak tau..
yang aku tau tu je...
hehehe...

tu jelah kisah aku...hari ni..
sebenarnya shooting tu dari hari isnin lagi..tapi aku lambat update blog sebab ada hal yang tak dapat dielakkan..

sekian terima kasih..
ehehehe...
malu pulak!!
:)

No comments:

Post a Comment