Friday, March 18, 2011

kecewa hatiku..!!

semalam, banyak benda yang aku pelajari..
i mean..something happen yesterday..
sebab apa aku tulis macam tu..sebab..tak tahu la..
susah nak digambarkan macam mana keadaan aku masa tu..
 aku ada empat kelas semalam..

satu kelas, cancel..
dua kelas, kitorang kena bebel ngan lecturer..
sebab dapat markah tak "baik" dalam exam..
yang satu tu pula, kawan aku yang sekarang nie aku tak okey sangat dengan dia..
buat ujian pengucapan awam bertajuk "KECEWA"

biar aku explain yang dua-dua sekali..
first, yang kena bebel dengan lecture..
kelas pertama yang kitorang kena bebel, kelas OMT 115..(BUSINESS) 
ada dua sebab!!
yang pertama sebab kitorang kena suruh buat assigment,
tapi banyak yang hantar tidak mengikut kriteria yang miss tu nak,
jadi dia pun marah, kata kitorang buat tugasan yang dia bagi macam sampah..
aku tak kesah pun, sebab aku tahu tu semua salah aku..
sebab buat kerja sambil lewa..
sepatutnya assigment tu hantar pada 16 mac..
tapi sebab banyak yang kena reject diorang punya assigment, termasuklah aku sekali..
assigment aku kena reject 4 kali..
empat kali juga la aku keluarkan duit, cuma sebab satu page yang miss tak puas hati..
ramai kawan aku yang dah bengang..
termasuk aku la juga tapi aku sabar je..
dalam hati aku fikir, miss buat semua nie, mesti ada sebab musababnya..
kalau tak, tak mungkin dia saja-saja nak reject assigment kitorang..
lagipun aku tak kesah keluarkan duit, sebab masa tu aku tengah banyak duit..
yelahkan, duit ptptn baru masuk..
aku bukan nak kata aku nie bagus sangat..
puji diri sendiri, bangga diri kat blog sendiri..NO!!
itu bukan maksud aku..
tapi itu apa yang aku rasa elok..

lepas bebel pasal assigment, miss tu bebel pasal markah kuiz kitorang pulak..
dia kata, markah senang je nak cari..siap ada jawapan lagi kat soalan objective..
tapi kitorang wat lain..
dia kata nie mesti sebab tak baca buku (beca tapi last minit)
jadi apa yang aku ingat je aku tulis..
hehehe..

kelas yang kedua kena bebel pulak kelas CTU..(agama islam)
dah la cuma ada 10 je yang datang..yang 11 lagi tak datang..
memeng hangin la madam tu kan..
tapi tak taufan lagi la..
dia just nampak macam terkilan sikit..
madam tu pun membebel pasal exam kitorang..
tak ada seorang pun dalam kelas kitorang yang dapat 10 keatas per 15 markah..
semua bawah 10..(termasuk aku la tu)
bebel-bebel-bebel..
huh!!  sabar je la..

hah!!  yang ketiga pula, pasal kawan aku buat ucapan pasal "KECEWA"
mula-mula lagi, kitorang semua dah tertarik dengan ucapan dia..tak ada rasa bosan langsung..
dia ceritakan pasal kecewa..
maksudnya apa, sebab-sebab berlakunya, akibatnya..
yang penting, memang best la..
tengah dia explain nie, dia tanya soalan..
dia tanya aku pernah kecewa kan..
aku tak jawab lagi tapi dia dah jawab dulu dah..
hehe..
tapi serious, aku tabik kat dia..dia boleh buat ucapan awam tu sebagus tu..
tak macam aku..
huhuhuhu..
="= 
ucapan dia tu bagi AKU..agak sensitive jga la..bagi aku seorang saja..
sebab aku selalu rasa kecewa dengan banyak benda..
jadi tu yang buat aku malu..
aku kurang yakin nak pergaul dengan orang lain..
aku tak berani..
huh...


the end...
erniehasan-mystory.blogspot
senyum selalu
:)



dhiya, what are u doing??

pada hari rabu yang lepas, 
aku dan CIK DHIYA telah pun mengadakan satu "over night"..
sebenarnya takde yang special sangat pun dalam "over night" kitorang..
just yang aku nak terapkan dalam "belog" (sebutan blog oleh CIK NUR FATIHATUL HANNI)
CIK DHIYA telah pun menganjurkan satu "konsert  besar-besaran yang mengeluarkan kos yang agak kecik"

anda tahu apa konsertnya??
jeng jeng jeng....
konsertnya ialah menjadi penari latar tidak profesional music video lagu korea "KAN MI YOUN, PAPARAZZI" 
selain lagu tu..
CIK DHIYA juga turut mempersembahkan tarian dari kumpulan "U KISS - MAN MAN HANI"..
mesti korang rasa macam nak tengok kan (yo yo oll)
NO!!
i m remind u..jangan ada rasa nak tengok lansung!! ..tengok pun tak boleh..
kerana ini boleh mendatangkan sensitiviti...
GANYANG!! (slogan ENCIK NAIM)
bukan...
masalahnya, malu nyah!!
kerana apa, CIK DHIYA nie bukan penari profesional..
so kalau bukan penari pro..anda tau sendiri la kan??
PAHAM PAHAM JE LA!!

time dia menari tu, aku tak kesah kalau aku tak masuk sekali..
nie tak!!
dia siap masukkan aku lagi...
aku jadi pelakon dia pulak..'
dia nak tiru sebijik-bijik lakonan penyanyi tu..
dalam video music tu, ada part pompuan u usap muka lelaki tu...
dia pon nak buat jugak...
kalau dengan orang lain tu aku tak kesah..
nie tak, aku yang dijadikan pak sanggup..
bayangan aku dianggap lelaki..
dia usap muka aku...
huh!! HOT!!
geli doh!!! serious...
this is first and the last one..
tak nak dah...serious aku geli...
kak senior aku, CIK NORSYAFINAS...
dia tau tengok je...bukan nak tolong aku..
tolong tukar jadi pak sanggup si CIK DHIYA nie..

haha..
okey la...

the end
erniehasan-mystory.blogspot

Wednesday, March 16, 2011

shooting?? betul ke??

Halu..halu..halu...
ape kabar semua??
hope korang sihat...tau, jaga kesihatan anda...

hari ni aku nak mulakan kisah dengan kisah aku shooting...
shooting?? betul ke??
jangan terkejut tau..aku diajak untuk menjadi pelakon extra..
pelakon extra je..tak lebih pun..hehe..
bukan nak berlagak atau apa..
macam yang aku dah selit dalam mana-mana blog sebelum nie..
semua yang aku tulis dalam blog ini..bukan untuk berlagak atau bangga diri..
ini cuma perkara yang aku lalui dalam hidup nie..heeee..

kisah dia bermula seperti ini.......
pada petang yang nan indah..ceh!!
aku dengan mummy..(kawan aku le)
pergi membeli belah kat pasaraya SUN HIN..(kedai runcit dekat asrama)
maklumlah, baru dapat duit ptptn..jadi pergi la membeli belah..
tiba-tiba satu deringan berbunyi...
lagu Bruno Mars 'I Wanna Be A Bilionare' pulak tu..
mummy angkat...

beberapa minit kemudian, tengah aku syok membelek-belek cari barang mandian..
"ernie, cepat! Anas suruh kita pegi bilik 17.."
aku tanya kenapa..
mummy jawab, "Anas kata, orang produksi tu nak orang lagi.."
pelakon extra dalam cerita drama yang bakal ditayang di tv 1 tak pun tv 2..tak pasti...
dengan tergesa-gesa kitorang pergi le..
si Anas tu kata kena bawak baju dua atau tiga helai..
tapi kitorang nie degil..bawak baju sehelai je..
sampai sana..tunggu berapa minit, lepas tu start shooting..
nak tau sapa pelakon dia??
CIK ALMY NADIA...haha..
 aku siap duduk kat sebelah dia..tapi jarak la sikit..

haa..tapi aku tabik kat produksi drama tu..semua sporting gile...
ada lagi sorang pelakon, dia bawa watak cikgu..
baru aku tau diorang nie sporting gile..siap melatah lagi..melatah menari tarian ANITA SARAWAK..
hehe..kelakar gila...tapi sayang lupa nama pelakon tu..
berapa scene kitorang kena wat..
4 kali diorang suruh kitorang tukar baju..
terpaksa turun naik - turun naik tangga semata-mata nak tukar baju kat asrama..
tulah padahnya kalau degil..tak nak dengar kata orang...
tapi..best sangat...tengok le cite tu nanti ye...bukan nak suruh sebab aku ada kat dalam..
tapi kita sebagai warga MALAYSIA harus menyokong drama tempatan kita..(yo yo oll)
saja je la..gurau je..kalau korang nak tengok, drama tu bertajuk
"NIAT HAWA"
akan ditayangkan pada bulan 5 ini..tv berapa tu aku tak tau..
yang aku tau tu je...
hehehe...

tu jelah kisah aku...hari ni..
sebenarnya shooting tu dari hari isnin lagi..tapi aku lambat update blog sebab ada hal yang tak dapat dielakkan..

sekian terima kasih..
ehehehe...
malu pulak!!
:)

ini lah dia!!

hari tu aku ada tulis pasal kitorang pegi KLCC kan??
and aku ada tulis kata insyaallah kalau dapat gambar, aku letak kan??
dah dapat dah..
nie dia...tadaaa...

gemuknya aku!! :(

okey x??

jangan komen kenapa muka aku macam tu..!!

dah nak balik, sempat lagi ambik gambar..

peace, no war and no fight!! but aja aja fighting!!


itu jelah...
banyak sebenarnya tapi yang nie paling baik diantara yang baik...
lagi pun, Wi Fi UNIKOP nie lambat sangat..
so nak upload tu lambat sangat..
berjalan macam siput vavi!!
hehe..
okey le..nak wat assigment nie..
bye!!
:)

the end...
erniehasan-mystory.blogspot.com production..
hehehe..
:)








Monday, March 14, 2011

arkkk!! susah gilax !!

hari nie aku ada 'speaking test'..
speaking test BEL..
nak tau tak apa yang berlaku??
memang malang nasib aku..sangat-sangat malang..nak nangis rasanya..
parah separah parahnya!!
huhuhu..

my story starting with..
speaking test aku pukul 11 pagi, pagi tu aku sepatutnya ada kelas tapi kelas tu cancel,
 so aku pun tidur lebih sebab aku tidur pun pukul 5.40 subuh, sebab temankan NUR FATIHATUL HANNI buat kerja dia..
sedar-sedar NUR FATIHATUL HANNI kejutkan aku, masa tu dah pukul 10.44 pagi!!
bayangkan keadaan aku masa tu..
dengan sepantas kilat (tak pantas pun) aku terus ambil tuala, masuk bilik mandi, mandi..
opp!! aku tak iron baju lagi!!
terpaksa cari baju yang nampak macam dah iron, walau kenyataannya??
dah siap semua, pukul 11.01..
aku apa lagi, haru biru jadinya..cepat-cepat!!

malang menimpaku lagi...
aku tak tahu tempat speaking test tu berlangsung!!
ahhh...dengan tak ada contact number kawan se-group lagi, 
pergi la aku ke department BEL, cari kat mana group aku berada..
hah! dapat. AV LAB..gembiranya aku...
uppp!! AV LAB kat mana??
nak nangis!! tapi tetap berusaha juga...huh!! CHAIYOK!!
cari-cari dan cari..jumpa!!
aku naik, tapi langsung tak ada orang...bilik tu tak beroperasi langsung..
aku buka je pintu dia, fuh!! bau semerbak...bau hapak..
huhu..salah bilik..masa tu ada senior aku pula tu, ABANG SYAFIQ..
malu doh!!

baliklah aku dengan hati yang hancur, dah putus asa..lagipun dah 15 minit berlalu..
dalam hati aku berbisik (ceh..), diorang mesti dah start speaking test tu..
aku balik asrama,sampai bilik je..kawan aku marah aku,
 dia bagitau tempat AV LAB tu kat mana..
siap hantar aku lagi..sampai ke pintu AV LAB tuuu..
terharunya aku...

aku masuk!!  diorang dah start la...start pecahkan kepala cari idea..
aku duduk, and cakap kat pengawas penjaga (macam pak guard juga tapi tinggi sikit pangkat dia) tu..
"sorry miss,saya terlambat sebab sesat" (padahal tak tahu tempat)
okey ! dia bagi masa seminit untuk aku cari idea huraian point aku..
ahhh..susah gila point nie!! walaupun kenyataanya senang sangat nak dapat idea..
tapi sebab aku panik, otak aku tak mampu berfikir dengan baik...
so aku tak dapat fikir huraiannya..
point yang aku dapat..
"setting up the information center about the job opportunities.."
susah kan!!

turn aku untuk ceritakan point..
apalagi tergagap-gagaplah gamaknya..
dalam hati 'mampus aku'..'mesti tak dapat markah nie'...
pasrah je la...tawakal itu perlu tapi doa itu penting..

masa berlalu macam tu je...dengan aku yang sentiasa pasrah dah tawakal je masa tu...
dan aku merasakan, aku adalah orang yang dapat markah paling huduh sekali..huduh macam muka aku!!
miss dua orang tu pun aku rasa nak gelak je bila dengar point aku tapi diorang tahan je..
rasanya lah!!

tapi seriously, nie hari yang paling malang bagi aku...
walaupun kebanyakkan hari-hari yang aku lalui sentiasa malang..(skema kot)
macam yang aku kata...pasrah dan tawakal saja la...
kerana itu adalah perkara yang sebaik-baik perkara pada masa itu...
huhuhuhuhuu...
:(



sakit, pedih hati nie..

betul kata orang, sakit bila menyukai seseorang..
mungkin aku tak tahu apa erti cinta dan suka yang sebenar..
tapi sakit hati bila suka orang yang jauh beza dengan diri kita yang sebenar..
menyukai seseorang yang lebih baik dan lagi sempurna dari kita..
aku tak dapat bayangkan ornag yang ada perasaan tu, lepas tu putus macam tu je...
sakit hatinya, hanya Tuhan saja yang tahu...
aku bersyukkur pada Allah sebab belum lagi memberi peluang pada aku 
untuk mencintai orang lain dengan lebih dalam lagi,
and aku bersyukur pada Allah sebab aku dah diberi peluang untuk menyukai seseorang 
dan merasai sendiri macamana perasaan kalau kita sedar kedudukan kita tinggi atau rendah dengan orang tu...
kedudukan yang aku maksudkan dengan tinggi tu, macam hensem/cantik, kaya, beriman, pandai, dan baik..
sedangkan diri yang sebenar..?? sedih bila fikirkan benda nie...
pernah sekali aku berfikir, kenapa takdir hidup aku macam nie, tapi bila aku fikir semula,
ada sesuatu yang Allah nak tunjuk dan beri pada aku suatu hari nanti..
pernah sekali lecturer aku suruh buat karangan yang bertajuk "MY FIRST LOVE"..
dalam hati aku kata, boleh ke aku buat karangan nie,
aku takde pengalaman ada first love nie,
 tak pernah rasa apa itu cinta,
 tak pernah menyayangi seseorang yang betul-betul istimewa..
jadi aku pun buatlah karangan tu dengan sejujur-jujurnya..
bila lecturer tu bagi balik karangan yang siap ditanda,
komen lecturer tu, "semoga awak dapat bertemu dengan seseorang suatu hari nanti"..
Allah je yang tahu perasaan aku masa tu...
macamana sedihnya hati nie...ALLAHU AKHBAR!!

bila tengok kawan yang ada pakwe, aku rasa macam aku pun nak ada pakwe, 
tapi bila kawan aku menangis depan aku sebab putus dengan pakwe dia, 
aku rasa tak nak bercinta..
macam yang orang selalu kata "single is simple, couple is trouble"..
aku simpan ayat tu untuk elakkan daripada sukakan seseorang..
tapi aku cuma makhluk Allah yang tak sempurna..
yang ada hati dan perasaan, aku tak dapat elakkan diri nie dari sukakan seseorang..
tapi nak buat macamana...
sabar je la...mungkin Allah saja nak duga aku,
supaya aku jadi seorang insan yang beriman dan sentiasa sabar menempuh ujian-Nya..

minta maaf sebab korang terpaksa membaca luahan hati yang buruk nie...
aku tak tahu kenapa aku tetibe jadi budak jiwang nie..hehe...
saja tulis sebab tengah rasa sedih..
terima kasih sebab sudi baca...
:)

Sunday, March 13, 2011

makan angin di KLCC..

haluu..how are you today?? happy tak??
aku nak mulakan cerita hari nie dengan ucapan ASSALAMUALAIKUM!!
okey..aku cite..semalam aku happy sangat..aku rasa macam nak pegi lagi..nak tau aku pegi mana??
haaaa..aku pegi KLCC...haa...
jangan pelik kalau aku macam tu...
almaklumlah...aku nie kan budak baru lagi kat KL nie..so aku tak pernah lagi nak pegi merayau kat KL nie..
jadi kemana saja tempat aku pergi serata KL nie..aku akan post kat sini..hehe..
so jangan marah ye kalau korang asyik baca pasal aku merantau je sekitar KL nie..
lagipon aku guna blog nie sebagai tempat untuk aku menceritakan segala yang baru berlaku dalam hidup aku..

balik kepada cerita.. mulanya aku di ajak oleh cik NUR FATIHATUL HANNI untuk pegi dengan dia ke KLCC sebab dapat invitation dari kawan dia, encik RIZAL..(ceh, macam jemputan kawin plak..).
dan pada mulanya macam biasa..aku rasa malas nak pergi sebab...MALU..hehe..
tapi sebab tak pernah pegi KLCC..aku pun pegi..
seramai 5 orang student UNIKOP telah pegi..iaitu..
cik NURFATIHATUL HANNI, encik RIZAL, encik NAIM, encik BOB BUNGA (bukan nama sebenar sebab tak tau), dan the last one..cik ERNIE..hehe..
pegi sana naik kereta encik RIZAL..
kitorang pegi pukul 4 lebih selepas habisnya exam BBM..
sampai sana..nak tau reaksi aku??  WAHH!!!
tingginya!! cantiknya!! haa..excitednya..
tapi semua itu aku tunjuk kat dalam hati saja..hehe..

masuk SURIA KLCC.. yang aku nampak..mat dan minah saleh!! fuhh..ramai gilax..
yang hitam ada, yang putih tentu ada..sebab kata orang, dimana ada hitam, disitu ada putih..hehehe
berpusing-pusing naik tangga lif..
first thing that we do is CINEMA TIME..so kitorang pegi tengok wayang..cite BIG MAMA!!
seriously, sapa yang tak tengok lagi, pegi la tengok..sebab kelakar gila..nak pecah perut aku tengok..
tapi tak pecah lagi la..tapikan..cerita tu agak sensitive jugak la bagi kaum wanita kerana ia agak memalukan lagi lagi kalau tengok dengan pakwe..hehehe...

habis cite, kitorang terus jalan-jalan meneroka sekitar SURIA KLCC tu..nak beli belah.??
haram j..barang kat situ, tak ada yang berharga 10 ringgit ke bawah ye..
kecuali popcorn yang dijual kat cinema..hehe..
jalan-jalan sambil tangkap gambar..banyak gambar yang kitorang ambil..thanx to encik RIZAL kerana membawa camera..dan thanx juga kepada encik NAIM kerana menangkap gambar yang cantik..
dah penat bergambar, jam pun sudah menunjukkan pukul 9 lebih..so kitorang pun nak pegi makan...
ingat nak makan kat KAMPUNG BARU, tapi restoran yang kitorang nak masuk tu,penuh..
so terpaksa pegi McDonald je..
habis makan, pukul 11 lebih kitorang pun balik...ke asrama lah..
sory u guys sebab tiada gambar..gambar ada pada encik RIZAL..kerana kamera yang digunakan adalah kameranya..hihi..

itu jelah story aku kali nie..insyaallah kalau dapat gambar tu, akan aku papar untuk pencuci mata anda..okey..bye...