Friday, February 18, 2011

Ernie! Kesabaran Amat Diperlukan Di Sini!!

   Hampeh betul..semalam pada tarikh 17 Februari 2011, aku telah meng-upload sebuah Music Video kumpulan Super Junior - Bonamana..  Ingatkan boleh promosi lagi sebab aku tahu lagu tu memang dah lama berkecimpung dalam dunia hiburan tanah air korea dan juga Malaysia tapi saja-saja nak letak kan... Tetapi malang telah menimpaku apabila aku terpaksa meng-cancelnya sebab kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk menunggunya ter-upload menggunakan wifi yang dijual di kolej UNIKOP yang tercinta ini ..

   Huhuhu... kenapa in harus berlaku kepadaku yang masih baru dalam dunia blogger nie..huh!!  Sabar je lah.. Tahu tak berapa lama aku menunggu upload itu??  Selama 3 hari 2 malam (cerita nak gempak)..hehehe..tak ada lah..  Masa yang aku ambil untuk menunggunya hanya selama 1 hari sahaja..  Disebabkan ke-excitad-an aku meng-upload MV tu, aku telah mengorbankan masa tidur malamku..  Aku mula tidur pada pukul 5:15 pagi, itu pun sebab mata aku dah layu dan menunggu masa untuk ditutup sahaja..  Akhirnya aku pun selamat...selamat tidur..  Lepas tu aku dengar orang berkata 'ernie! ernie!  bangun.. dah pukul 8:33 dah..kelas ko pukul 9 kan??'  aku tersedar, rupanya Hanni kejutkan aku..

  Alamak!!  Kelas aku!! ..cepat-cepat aku bangun terus pegi mandi and iron baju.. Nasib naik sempat.....Eah?  Nie dah lari tajuk nie...!  Hehe..surry!!  Tapi itupun ada kaitan kes aku nie..haha.. Bahana meng-upload video pada waktu tengah malam dan awal subuh..  Tapi semua tu aku lakukan semata-mata untuk blog aku nie juga..sama juga kalau menjual..  Kalau tiada barang-barang yang nak dijual, macam mana kedai tu boleh laku??  So, aku ambil contoh ini untuk blog nie.. Kalau aku tak mang-upload cerita-cerita baru atau something yang menarik dalam blog aku nie.. tak adalah orang yang nak jadi follower aku..kan kan kan??

   Sambung cerita awal tadi..  Nasib baiklah kelas pagi tu, kelas typing.. so aku boleh jenguk peng-upload-tan video aku tu..hah??  Oh, aku bawa laptop sendiri, so aku boleh buka la..hehe..takde soalan lagi??  OK..sambung.. Bila aku dah buka tu, OMG.. satu penemuan baru yang membuatkan aku tidak akan mengulanginya lagi..  Peng-upload-tan tu tak siap-siap lagi.. huhu... Kalau kat situ, aku boleh sabar lagi la, bak kata Azizah Mahzan dalam movie Cuti-Cuti Cinta tu..Kesabaran amat diperlukan disini...!..

   Tunggu punya tunggu...kelas dah habis..tapi upload tu tak habis-habis lagi..eeee!!! geramnya aku..Super Junior punya pasal la nie..eee!!  tapi aku sabar lagi..kesabaran aku tinggal nyawa-nyawa ikan je...macam telur dihujung tanduk..so aku pegi kelas lagi satu an, balik tu aku buka laptop..Ya Allah, Ya Rabbi...tak siap-siap lagi..??  Aku dengan kesabaran yang telah hilang telah pun meng-cancel peng-upload-tan tu dari terus menghantui diriku..dan seterusnya membuat aku gilax!!


macam nie reaksi muka aku ketika itu...MARAH!!

  Aku dah serik nak apload video lagi...this is the first and the last one...  Just enough!!  Don't want again..!!  AAAAAAAAA!!!!

tik-tik bunyi hujan

   Today, agak panas pada waktu pagi dan tengah hari namun tidak begitu pada sebelah malam.  haha, buat berita cuaca pula..  Takde apa-apa yang special time siang.  Kelas macam biasa, start pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 6 petang...huh! hampeh...live as a student for this time is boring!! Tapi malam agak special.  Because what?? Because kitorang ( aku, Hanni, and Naim again) buat pertama kalinya mandi hujan kat unikop nie, haha..

    Cerita dia bermula seperti ini, aku follow Hanni sebab dia kata nak pegi makan dengan budak-budak ex-student class 1A.  Lepas tu, tengok diorang macam just nak lepak je.  Dah le dengan selipar yang Hanni pakai tu putus, jadi aku sebagai seorang best friend yang prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh best friendnya pun tolong le.  Aku tukar selipar dengan dia.  Aku pakai selipar yang putus tu and selipar yang aku  pakai tu Hanni pakai.  Huhhh...baik tak aku??  Pahala bila tolong orang dalam kesusahan..hehe..

   Disebabkan aku nie berfikiran jauh (yo yo oll je), so aku pegi la cari kayu and batu, try masukkan dalam tempat tali selipar yang putus tu, ingat bile buat benda tu boleh la sekat tali selipar tu dari keluar dari landasan yang sepatutnya tapi??

   Agak menyedihkan apabila tali selipar tu still juga keras kepala.. Sekeras batu yang aku masukkan ke badan selipar tersebut..haha..Jadi aku terpaksa la menggunakan selipar tu..  Empat, lima langkah, tali selipar tu dah tercabut lagi.  Eee, geramnya aku!!  Aku apa lagi, masuk pegi kedai 7eleven, cari ubat sakit gigi yang senior aku minta belikan dengan cari ubat selipar tu sekali (gam gajah).  Namun malangnye, gam tu tak berjual pun kat 7 eleven..  Tetapi dijual di kedai sebelah 7 eleven tu.  so selamat la.  

   Eah!  belum selamat lagi!!  Aku nak gam selipar tu kat luar 7 eleven tu tapi si Hanni nie pula larang aku.  Dia kata malulah, nantilah kat rumah.  Ok, aku sebagai best friend yang baik nie pun layan je.  Tiba-tiba...............

    Hujan la pula.!!  Kalau hujan renyai-renyai tu aku boleh handle lagi tapi hujan dia jenis hujan taufan nyah..hah.!  Bungkus aku..!!  Aku ingat nak tunggu hujan tu berhenti tetapi si Hanni nie lagi kata, 'Kita redah je la'.  Aku dah agak dia akan berkata seperti itu kerana tagline dia time hujan, 'REDAH JE'..haha...  So kitorang pun redah je la..  Bayangkan aku berlari dari kedai sebelah kanan ke kedai sebelah kiri......dengan selipar yang putus tu lagi..just imagine..!! (macam cerita hindustan, Kriss pulak)

   Betapa seksanya keadaan aku masa tu.!!  Mengheret selipar putus tu.. Aku dah tak peduli apa dah masa tu, yang aku tau, aku nak cepat sampai ke kedai sebelah tu and tak nak mandi and basah kuyup gile-gile.. Nasib baik tak terlalu basah, tapi rambut aku yang baru cuci dan masih berbau wangi shampoo sunsilk oren dah basah!! huhu...  Dah sampai ke kedai sebelah tu, kena pulak lagi redah hujan untuk ke hostel...  huhuhuhuhu.....  What the tragic night??  Disebabkan Hanni dan Naim dah tinggalkan aku dibelakang, aku pun kejarlah mereka semula (skema gile ayat??)  lagi la kuyup aku kat situ..  Sampai pintu pagar hostel je, Hanni ajak terus pegi warung Wau untuk makan..  HAH!!  Dengan keadaan basah kuyup nie??  Sorry, aku tak boleh!!  Aku dah sejuk, dengan baju aku yang basah and menampakkan bahagian dalam (dalam??)  ait!! jangan nak imagine lah!  so aku tinggalkan Hanni dan Naim seketika di luar,  Hanni ingat aku terus balik and tak keluar-keluar dah, jadi dia merajuk dengan aku, luah perasaan kat Naim yang aku nie kecewakan dia (yeke??).. 
  
   Masa tu aku just balik sekejap untuk tukar baju je, sekali ambil payung sebab manalah tahu, hujan tu makin lebat..  So bak kata peribahasa melayu, sediakan payung sebelum hujan makin kuat ( peribahasa ini telah di edit oleh erniehasan, jadi jangan dijadikan sebagai rujukan, pesanan ikhlas ini dibawakan oleh ernishasan sendiri).. Bila aku dah siap, aku keluar semula menuju ke warung Wau yang tidak begitu jauh dari hostel kami.  Sampai sana je, aku tengok hanni dengan Naim dah macam pendatang asing yang kena tangkap (sorry korang, hehe).. see this picture..


PATI yang ditemui basah selepas tongkang mereka untuk pulang pecah dan karam...

   Sorry, picture tidak jelas dan agak kabur kerana kualiti kamera yang tidak bagus,hehe..  Selepas berapa minit duduk kat situ, kitorang pun pindah tempat untuk makan.  Time tu masih hujan lagi, jadi kitorang pilih tempat yang agak terlindung daripada hujan.  Pada pendapat saya, tempat yang kitorang pilih agak strategik lah sikit (sikit je) .  Kitorang pun order la makanan.. 


sejuk-sejuk minum teh ais...aku yang order!!


ummm, nyummy...nasi goreng kampung!!

    Syok-syok makan tu, budak kat sebelah pula bising..  Diorang main game apantah nama game tu, tapi agak best jugak la bila tengok diorang main.  Nak main juga tapi sebabkan diorang disebelah kitorang, takut nanti diorang kata , 'main ikut-ikut pulak senior sebelah nie kan...' hah, nak jawap apa?  So senyap and dengar keriuhan mereka bermain jelah..


inilah mereka!! tengah berfikir tu...

   Dah habis makan, kitorang pun pegi bayar, lepas tu tengok,  hujan dah tak turun... WHAT!! buang karan betul la, dah bawak payung penat-penat, last-last, hujan dah berhenti...untong le..!!..  But never mind,  this time, i had a new experience with my best friend Hanni and Naim.. Mandi hujan di Unikop...  BEST SEYH!!






    

Wednesday, February 16, 2011

Jom jalan-jalan pegi Wangsa Walk..

    Hari nie, ingatkan hari yang membosankan sangat..tetapi realitinya best sangat... Aku, Hanni, dan Naim keluar jalan-jalan pegi Wangsa Walk. Sebenarnya tu idea Hanni, tak tahu kenapa tetibe ajak kitorang pegi Wangsa Walk. Aku, selagi ada duit, aku on je. Naim masa mula-mula tu macam tak nak pegi, tapi bila Hanni dah pujuk akhirnya dia pun mengalah.  Sepatutnya ajak Bob Bunga sekali, tapi dia taknak, so kitorang pegi tiga orang je la.
  
    Sampai kat Wangsa Walk, kitorang terus pegi tempat jual tiket wayang.  Tiga tiket cerita 'Khurafat'. Cerita tu start pukul 12.20, jam menunjukkan 10.50 masa tu (rasanyalah) so kitorang pegi buang masa kat tempat main bowling.  Naim lah yang beria-iya nak main bowling..Last-last, dia seorang yang main sebab kitorang tak pandai main bowling, lagilah kalau aku nie..sentuh bola bowling tu pun tak pernah.  Maklumlah, budak kampunglah katakan..aisyeh..huhu. 


nie kasut bowling yang Naim pakai..


gaya seorang pemain bowling masa hadapan punya..!!


ada gaya tak mamat nie??


hancur hatiku bila bola tu jatuh ke longkang..
:(

    Haha..tu la antara aksi hebat daripada pemain handalan bowling, bukan untuk negara, atau untuk UNIKOP,,tapi untuk saja-saja.. haha..tapi adalah satu balingan si Naim ni menjatuhkan semua pin..huhh..tepuk tangan untuk encik Naim kita yang telah mengjatuhkan pin buat pertama kalinya..haha..

    Selepas beberapa minit bermain bowling (bunyi macam aku dengan Hanni main sama), kitorang pun keluar lah. Disebabkan perut aku dah menyanyikan irama regge, so aku pun bawaklah Hanni dan Naim pergi ke restoran Popeye.. Restoran nie sama macam KFC tapi rasa ayam and kentang dia tu agak berbeza sedikit..harga pun tak lah mahal sangat, berpatutanlah kata orang..


sempat lagi pozing..!!


sign board restoran Popeye.!


dah nak habis, baru ingat nak ambil gambar..


cilli pun cilli lar..

   Aku order ayam macam KFC dengan air milo manakala Hanni pula order bubur nasi ayam popeye dengan air coke.  Naim pula kongsi dengan Hanni.  Makanan dah habis baru nak ingat ambil gambar. hehehe..(macammana boleh lupa nie). Makanan dah habis tapi masa ada 30 minit lagi, jadi kitorang decide untuk stay kat Popeye tu sambil ambil gambar.  Hasilnya..


Naim dan Hanni  :)


PEACE, NO WAR !!


senyum sokmo!! comel la konon??


Naim ada mulut yang besar time menguap!!uahh..

    Dah penat perpozing dan pungung kitorang pun dah naik panas, masa ada sikit lagi, so kitorang jalan-jalan lagi.  Bila dah time movies start, kitorang terus pegi ke masuk tempat panngung wayang tu.  Kitorang duduk kat kerusi 11, 12 dan 13.  Aku duduk kat kerusi 13, Hanni kat kerusi 12 dan Naim,11. Kata orang cerita 'Khurafat' nie best gila, tapi bila dah pegi tengok sendiri, OK lah, not bad.  Tapi kepada ibu-ibu mengandung tahap bulan-bulan terakhir tu, aku sarankan, jangan pegi tengok.  Sebab cerita dia banyak yang mengejutkan. beberapa jam selepas tu, bila cerita dah habis, aku pun dah naik beku sebab sejuk tambah lagi sebab cerita yang agak menyeramkan, so aku tak boleh handle..cepat..nak pegi tandas!!

    Selepas tu, aku tak tahu pukul berapa, kitorang ke kedai buku kat tingkat dua Wangsa Walk tu.  Then, aku terpandang sesuatu.. KEDAI BUKU! Eah, jangan fikir aku nie tak suka baca buku tau, hobi aku baca buku..buku komik dan novel, haha..so aku syorkan kat Naim dan Hanni masuk ke dalam kedai buku tu.  


dengan Naim..!!


Aku dan Hanni..!!


banyak orang and banyak buku..!!

   Masa kitorang masuk kedai buku tu, ramai seyh orang.  Dengan tempatnya yang agak sempit, orang tua, remaja, kanak-kanak, semua golongan ada, kecuali nenek tualah..hehe.  Naim dengan Hanni tak tahu nak beli apa, so diorang pergilah bersiar-siar kat dalam kedai tu.  Setiap pelosok kedai buku POPULAR tu diorang jelajah.  Dalam kedai buku tu, semua jenis buku ada. Susah kalau nak tulis semua kat dalam blog ni, tapi yang aku tahu., destinasi aku ialah ke bahagian novel, komik dan majalah korea..hahaha!!

   Puas belek buku ke buku, akhirnya aku pun jumpalah buku yang aku rasa best.  Aku beli satu buku novel bertajuk 'Cinta Jangan Sembunyi' dan dua buku komik jepun dibahasa melayukan.  Tajuknya ialah 'Asmara Elit' and 'Cerita Buatmu'.  


nie lah bukunya.. :)

   Lama kitorang kat kedai tu.  Nak ambil masa 1 jam juga la.  Aku dah rimas, penat tapi si Naim dengan si Hanni ni pulak asyik merayau je kat kedai tu.  Penat nak cari. Tu pun terpaksa stay lagi sebab diorang cari something.  Buku maksud Nama-nama Islam.  Tapi yang buat aku geram, lain yang diorang cari, lain juga yang diorang jumpa.  kata nak cari buku tu, eeh, terjumpa plak buku nie..cari lagi jumpa lagi buku nie..adus..capek deh!!  Last-last keluar lah juga akhirnya.  

   jalan-jalan lagi, masuk pula ke kedai baju sukan.  Pengemudi dia pula si Naim.  Kalau tadi, aku sendiri, kali nie Naim pulok.  Kata Hanni, si Naim nie tak boleh kalau tengok kasut sukan atau baju sukan. Nanti mulalah,. 'memang dah mula pun'..


kedai nie lah yang kitorang masuki..


muka serius gila tengok kasut adidas tu..


bahagian kasut yang Naim belek kat pic atas..

   Sebabkan aku dengan Hanni nie tak duduk diam, kitorang apa lagi..pozing le..menggunakan props yang pelbagai di dalam kedai pakaian sukan nie..


baju nie cantik..!! purple colour..


besarnya baju props yang Hanni bagi nie kat aku..


okey tak aku pakai topi nie??

    disebabkan kitorang just nak mencuci mata saja, so kitorang keluar dari kedai tu dan jalan-jalan lagi.  Banyak tempat lagi kitorang tak round masa tu.  Jadi kitorang ambil peluang lah.  Antara gambar yang berhasil ditangkap (ayat..macam ayat tertangkap entiti halus pulak)..


turun escalator..aku ambil gambar!


alahai, nak malu-malu pulak...!


good!! Naim, ko pegang apa tu??


nak bawak balik asrama boleh tak??


Jom masuk Hip-Hub :)


ko tengok apa tu, Hanni??

   Dah puas bersiar-siar, kitorang pergi beli ice-cream sebab lapar and haus gila.  kebetulan, time kitorang nak beli tu, ada persembahan tarian singa.  Aku tak tahu untuk perayaan apa.  Gambar diambil tetapi tidak dapat ditayangkan atas kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan..ceh,wah!  Dah penat kitorang pun balik naik teksi.  Nak tau berapa tambang teksi kitorang??  Semua sekali RM 12.50 sen.  Yang memandu perempuan pulak tu.  And dia kata, laluan yang dia pakai untuk hantar kitorang ballik tu dia tidak pernah ada pengalaman melaluinya.  So, kitorang ...................  Sunyi seketika. Tapi maksik teksi tu peramah gila nak mampus.  Dia siap nyanyikan kitorang lagu pulok tu..(jadi suara latar lagu dari radio je) hehe..
       
      Penat gila, tapi best kowt.. Kitorang plan nak pegi lagi, tengok movie "HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA" pulak.  Cerita tu cool gila.. Macam cerita orang barat atau cerita orang China buat..  Hebat!!






Monday, February 14, 2011

NBAN???

         Hari nie tak tahu nak buat apa, rasa macam takde benda penting yang nak kena buat..sesangat bosan...hanni tak ada sebab dia pergi ke hospital..ibu kepada kawan baik dia (bukan aku) lagi seorang, masuk hospital..sampai sekarang pun dia tak balik lagi..risau pun ada sebab dari pukul 5 dia habis kelas sampailah sekarang pukul 8 lebih pun dia tak balik lagi..tak tahulah dia balik pukul berapa..janji dia selamat pulang sudahlah..esok pulak maulidur rasul..hahhhh....lagilah bosan...

         Nak layan facebook? ahh, hampeh! dah takde pape yang best kat dalam facebook nie..asyik benda yang sama je..write something kat status lepas tu orang comment, dan macam tulah seterusnya..kekandang bila fikir, nak deactivate je account facebook aku, tapi bila dah fikir kali kedua, tak jadi lah..sebab apa??

        Sebab kalau tak layan facebook nanti makinnnnn bosan..macam ayam berak kapur kang jadinya..huh..lagi sebabnya ialah, takut kalau ada something happen..so kat facebook la aku boleh tahu something tu..kalau orang yang popular tu boleh la rasa kesoronokan berfacebooking nie, tapi kalau orang yang macam aku nie??  ..............haha..alamatnya sunyi je la selagi xpost something kat status..itupun kalau ada orang yang nak komen...haha...

friend 4 eva

selama ni, susah untuk aku cari kawan baik..aku ingatkan aku tak akan pernah ada kawan baik, tapi rupanya..aku tak pasti samaada aku dah jumpa tau tidak tapi yang aku tahu aku dah jumpa..nama dia NURFATIHATUL HANNI...banyak benda yang kitorang selalu buat sesama.. hari ni, pukul 3 pagi kitorang boleh lagi bergambar and time u semua orang dah tido.....untong la....

nie la NURFATIHATUL HANNI..

aku kenal dia time masuk kolej dulu..tu pon aku tak rapat sangat dengan dia..time dapat kelas sama, baru aku start rapat ngan dia..until now, aku masih rapat ngan dia...

 hehe...chakk!!

 aiyai..capten..!!

 muuuuuahhhh..!!!

 heeeeee...smile...!!!

 love her damn much!!

do you want be my best friend forever??

      itulah antara picture yang kitorang ambil "malam" tu...walaupun kitorang just saja-saja, dia tetap excited giler sampai aku kata dah malas nak amik pic lagi, dia tetap berkeras..so nie lah hasilnya..taddaaa!!

      keexcitetan nye tu tak habis lagi, gambar kitorang tue dia masukkan dalam pandrive la, handphone lah, kat facebook pon masuk juga...siap guna gambar kat atas nie sebagai profile picture dia plak tu...

     aku harap, dengan hadirnya dia dalam hidup aku, dia dapat ubah aku menjadi seorang yang lebih matang terhadap diri aku sendiri dan hidup aku...maybe dia boleh bimbing aku...kan kan kan??? Cehh...dah macam boyfriend plak dah siap ada 'hadirnya dia dalam hidup' plak tu...hehehe...saja buat macam tu...

     but seriously, she is the first one in my life as my best friend..to me...tak tahula bagi dia..manalah tahu aku je yang perah santan, perasan sendiri ke...kan kan kan???