Friday, February 18, 2011

tik-tik bunyi hujan

   Today, agak panas pada waktu pagi dan tengah hari namun tidak begitu pada sebelah malam.  haha, buat berita cuaca pula..  Takde apa-apa yang special time siang.  Kelas macam biasa, start pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 6 petang...huh! hampeh...live as a student for this time is boring!! Tapi malam agak special.  Because what?? Because kitorang ( aku, Hanni, and Naim again) buat pertama kalinya mandi hujan kat unikop nie, haha..

    Cerita dia bermula seperti ini, aku follow Hanni sebab dia kata nak pegi makan dengan budak-budak ex-student class 1A.  Lepas tu, tengok diorang macam just nak lepak je.  Dah le dengan selipar yang Hanni pakai tu putus, jadi aku sebagai seorang best friend yang prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh best friendnya pun tolong le.  Aku tukar selipar dengan dia.  Aku pakai selipar yang putus tu and selipar yang aku  pakai tu Hanni pakai.  Huhhh...baik tak aku??  Pahala bila tolong orang dalam kesusahan..hehe..

   Disebabkan aku nie berfikiran jauh (yo yo oll je), so aku pegi la cari kayu and batu, try masukkan dalam tempat tali selipar yang putus tu, ingat bile buat benda tu boleh la sekat tali selipar tu dari keluar dari landasan yang sepatutnya tapi??

   Agak menyedihkan apabila tali selipar tu still juga keras kepala.. Sekeras batu yang aku masukkan ke badan selipar tersebut..haha..Jadi aku terpaksa la menggunakan selipar tu..  Empat, lima langkah, tali selipar tu dah tercabut lagi.  Eee, geramnya aku!!  Aku apa lagi, masuk pegi kedai 7eleven, cari ubat sakit gigi yang senior aku minta belikan dengan cari ubat selipar tu sekali (gam gajah).  Namun malangnye, gam tu tak berjual pun kat 7 eleven..  Tetapi dijual di kedai sebelah 7 eleven tu.  so selamat la.  

   Eah!  belum selamat lagi!!  Aku nak gam selipar tu kat luar 7 eleven tu tapi si Hanni nie pula larang aku.  Dia kata malulah, nantilah kat rumah.  Ok, aku sebagai best friend yang baik nie pun layan je.  Tiba-tiba...............

    Hujan la pula.!!  Kalau hujan renyai-renyai tu aku boleh handle lagi tapi hujan dia jenis hujan taufan nyah..hah.!  Bungkus aku..!!  Aku ingat nak tunggu hujan tu berhenti tetapi si Hanni nie lagi kata, 'Kita redah je la'.  Aku dah agak dia akan berkata seperti itu kerana tagline dia time hujan, 'REDAH JE'..haha...  So kitorang pun redah je la..  Bayangkan aku berlari dari kedai sebelah kanan ke kedai sebelah kiri......dengan selipar yang putus tu lagi..just imagine..!! (macam cerita hindustan, Kriss pulak)

   Betapa seksanya keadaan aku masa tu.!!  Mengheret selipar putus tu.. Aku dah tak peduli apa dah masa tu, yang aku tau, aku nak cepat sampai ke kedai sebelah tu and tak nak mandi and basah kuyup gile-gile.. Nasib baik tak terlalu basah, tapi rambut aku yang baru cuci dan masih berbau wangi shampoo sunsilk oren dah basah!! huhu...  Dah sampai ke kedai sebelah tu, kena pulak lagi redah hujan untuk ke hostel...  huhuhuhuhu.....  What the tragic night??  Disebabkan Hanni dan Naim dah tinggalkan aku dibelakang, aku pun kejarlah mereka semula (skema gile ayat??)  lagi la kuyup aku kat situ..  Sampai pintu pagar hostel je, Hanni ajak terus pegi warung Wau untuk makan..  HAH!!  Dengan keadaan basah kuyup nie??  Sorry, aku tak boleh!!  Aku dah sejuk, dengan baju aku yang basah and menampakkan bahagian dalam (dalam??)  ait!! jangan nak imagine lah!  so aku tinggalkan Hanni dan Naim seketika di luar,  Hanni ingat aku terus balik and tak keluar-keluar dah, jadi dia merajuk dengan aku, luah perasaan kat Naim yang aku nie kecewakan dia (yeke??).. 
  
   Masa tu aku just balik sekejap untuk tukar baju je, sekali ambil payung sebab manalah tahu, hujan tu makin lebat..  So bak kata peribahasa melayu, sediakan payung sebelum hujan makin kuat ( peribahasa ini telah di edit oleh erniehasan, jadi jangan dijadikan sebagai rujukan, pesanan ikhlas ini dibawakan oleh ernishasan sendiri).. Bila aku dah siap, aku keluar semula menuju ke warung Wau yang tidak begitu jauh dari hostel kami.  Sampai sana je, aku tengok hanni dengan Naim dah macam pendatang asing yang kena tangkap (sorry korang, hehe).. see this picture..


PATI yang ditemui basah selepas tongkang mereka untuk pulang pecah dan karam...

   Sorry, picture tidak jelas dan agak kabur kerana kualiti kamera yang tidak bagus,hehe..  Selepas berapa minit duduk kat situ, kitorang pun pindah tempat untuk makan.  Time tu masih hujan lagi, jadi kitorang pilih tempat yang agak terlindung daripada hujan.  Pada pendapat saya, tempat yang kitorang pilih agak strategik lah sikit (sikit je) .  Kitorang pun order la makanan.. 


sejuk-sejuk minum teh ais...aku yang order!!


ummm, nyummy...nasi goreng kampung!!

    Syok-syok makan tu, budak kat sebelah pula bising..  Diorang main game apantah nama game tu, tapi agak best jugak la bila tengok diorang main.  Nak main juga tapi sebabkan diorang disebelah kitorang, takut nanti diorang kata , 'main ikut-ikut pulak senior sebelah nie kan...' hah, nak jawap apa?  So senyap and dengar keriuhan mereka bermain jelah..


inilah mereka!! tengah berfikir tu...

   Dah habis makan, kitorang pun pegi bayar, lepas tu tengok,  hujan dah tak turun... WHAT!! buang karan betul la, dah bawak payung penat-penat, last-last, hujan dah berhenti...untong le..!!..  But never mind,  this time, i had a new experience with my best friend Hanni and Naim.. Mandi hujan di Unikop...  BEST SEYH!!






    

1 comment:

  1. hye dear...
    i followed da...
    nk bg pandangan nih...hope warna tulisan uh ubah kepada warna yg lebih terang k..coz warna tulisan uh dah seakan-akan warna dgn warna background.
    So, susah dah nk bace...

    thankzz...just bg pndapat.
    hope dpt terima kritikan...:)

    ReplyDelete