Wednesday, February 16, 2011

Jom jalan-jalan pegi Wangsa Walk..

    Hari nie, ingatkan hari yang membosankan sangat..tetapi realitinya best sangat... Aku, Hanni, dan Naim keluar jalan-jalan pegi Wangsa Walk. Sebenarnya tu idea Hanni, tak tahu kenapa tetibe ajak kitorang pegi Wangsa Walk. Aku, selagi ada duit, aku on je. Naim masa mula-mula tu macam tak nak pegi, tapi bila Hanni dah pujuk akhirnya dia pun mengalah.  Sepatutnya ajak Bob Bunga sekali, tapi dia taknak, so kitorang pegi tiga orang je la.
  
    Sampai kat Wangsa Walk, kitorang terus pegi tempat jual tiket wayang.  Tiga tiket cerita 'Khurafat'. Cerita tu start pukul 12.20, jam menunjukkan 10.50 masa tu (rasanyalah) so kitorang pegi buang masa kat tempat main bowling.  Naim lah yang beria-iya nak main bowling..Last-last, dia seorang yang main sebab kitorang tak pandai main bowling, lagilah kalau aku nie..sentuh bola bowling tu pun tak pernah.  Maklumlah, budak kampunglah katakan..aisyeh..huhu. 


nie kasut bowling yang Naim pakai..


gaya seorang pemain bowling masa hadapan punya..!!


ada gaya tak mamat nie??


hancur hatiku bila bola tu jatuh ke longkang..
:(

    Haha..tu la antara aksi hebat daripada pemain handalan bowling, bukan untuk negara, atau untuk UNIKOP,,tapi untuk saja-saja.. haha..tapi adalah satu balingan si Naim ni menjatuhkan semua pin..huhh..tepuk tangan untuk encik Naim kita yang telah mengjatuhkan pin buat pertama kalinya..haha..

    Selepas beberapa minit bermain bowling (bunyi macam aku dengan Hanni main sama), kitorang pun keluar lah. Disebabkan perut aku dah menyanyikan irama regge, so aku pun bawaklah Hanni dan Naim pergi ke restoran Popeye.. Restoran nie sama macam KFC tapi rasa ayam and kentang dia tu agak berbeza sedikit..harga pun tak lah mahal sangat, berpatutanlah kata orang..


sempat lagi pozing..!!


sign board restoran Popeye.!


dah nak habis, baru ingat nak ambil gambar..


cilli pun cilli lar..

   Aku order ayam macam KFC dengan air milo manakala Hanni pula order bubur nasi ayam popeye dengan air coke.  Naim pula kongsi dengan Hanni.  Makanan dah habis baru nak ingat ambil gambar. hehehe..(macammana boleh lupa nie). Makanan dah habis tapi masa ada 30 minit lagi, jadi kitorang decide untuk stay kat Popeye tu sambil ambil gambar.  Hasilnya..


Naim dan Hanni  :)


PEACE, NO WAR !!


senyum sokmo!! comel la konon??


Naim ada mulut yang besar time menguap!!uahh..

    Dah penat perpozing dan pungung kitorang pun dah naik panas, masa ada sikit lagi, so kitorang jalan-jalan lagi.  Bila dah time movies start, kitorang terus pegi ke masuk tempat panngung wayang tu.  Kitorang duduk kat kerusi 11, 12 dan 13.  Aku duduk kat kerusi 13, Hanni kat kerusi 12 dan Naim,11. Kata orang cerita 'Khurafat' nie best gila, tapi bila dah pegi tengok sendiri, OK lah, not bad.  Tapi kepada ibu-ibu mengandung tahap bulan-bulan terakhir tu, aku sarankan, jangan pegi tengok.  Sebab cerita dia banyak yang mengejutkan. beberapa jam selepas tu, bila cerita dah habis, aku pun dah naik beku sebab sejuk tambah lagi sebab cerita yang agak menyeramkan, so aku tak boleh handle..cepat..nak pegi tandas!!

    Selepas tu, aku tak tahu pukul berapa, kitorang ke kedai buku kat tingkat dua Wangsa Walk tu.  Then, aku terpandang sesuatu.. KEDAI BUKU! Eah, jangan fikir aku nie tak suka baca buku tau, hobi aku baca buku..buku komik dan novel, haha..so aku syorkan kat Naim dan Hanni masuk ke dalam kedai buku tu.  


dengan Naim..!!


Aku dan Hanni..!!


banyak orang and banyak buku..!!

   Masa kitorang masuk kedai buku tu, ramai seyh orang.  Dengan tempatnya yang agak sempit, orang tua, remaja, kanak-kanak, semua golongan ada, kecuali nenek tualah..hehe.  Naim dengan Hanni tak tahu nak beli apa, so diorang pergilah bersiar-siar kat dalam kedai tu.  Setiap pelosok kedai buku POPULAR tu diorang jelajah.  Dalam kedai buku tu, semua jenis buku ada. Susah kalau nak tulis semua kat dalam blog ni, tapi yang aku tahu., destinasi aku ialah ke bahagian novel, komik dan majalah korea..hahaha!!

   Puas belek buku ke buku, akhirnya aku pun jumpalah buku yang aku rasa best.  Aku beli satu buku novel bertajuk 'Cinta Jangan Sembunyi' dan dua buku komik jepun dibahasa melayukan.  Tajuknya ialah 'Asmara Elit' and 'Cerita Buatmu'.  


nie lah bukunya.. :)

   Lama kitorang kat kedai tu.  Nak ambil masa 1 jam juga la.  Aku dah rimas, penat tapi si Naim dengan si Hanni ni pulak asyik merayau je kat kedai tu.  Penat nak cari. Tu pun terpaksa stay lagi sebab diorang cari something.  Buku maksud Nama-nama Islam.  Tapi yang buat aku geram, lain yang diorang cari, lain juga yang diorang jumpa.  kata nak cari buku tu, eeh, terjumpa plak buku nie..cari lagi jumpa lagi buku nie..adus..capek deh!!  Last-last keluar lah juga akhirnya.  

   jalan-jalan lagi, masuk pula ke kedai baju sukan.  Pengemudi dia pula si Naim.  Kalau tadi, aku sendiri, kali nie Naim pulok.  Kata Hanni, si Naim nie tak boleh kalau tengok kasut sukan atau baju sukan. Nanti mulalah,. 'memang dah mula pun'..


kedai nie lah yang kitorang masuki..


muka serius gila tengok kasut adidas tu..


bahagian kasut yang Naim belek kat pic atas..

   Sebabkan aku dengan Hanni nie tak duduk diam, kitorang apa lagi..pozing le..menggunakan props yang pelbagai di dalam kedai pakaian sukan nie..


baju nie cantik..!! purple colour..


besarnya baju props yang Hanni bagi nie kat aku..


okey tak aku pakai topi nie??

    disebabkan kitorang just nak mencuci mata saja, so kitorang keluar dari kedai tu dan jalan-jalan lagi.  Banyak tempat lagi kitorang tak round masa tu.  Jadi kitorang ambil peluang lah.  Antara gambar yang berhasil ditangkap (ayat..macam ayat tertangkap entiti halus pulak)..


turun escalator..aku ambil gambar!


alahai, nak malu-malu pulak...!


good!! Naim, ko pegang apa tu??


nak bawak balik asrama boleh tak??


Jom masuk Hip-Hub :)


ko tengok apa tu, Hanni??

   Dah puas bersiar-siar, kitorang pergi beli ice-cream sebab lapar and haus gila.  kebetulan, time kitorang nak beli tu, ada persembahan tarian singa.  Aku tak tahu untuk perayaan apa.  Gambar diambil tetapi tidak dapat ditayangkan atas kesilapan teknikal yang tidak dapat dielakkan..ceh,wah!  Dah penat kitorang pun balik naik teksi.  Nak tau berapa tambang teksi kitorang??  Semua sekali RM 12.50 sen.  Yang memandu perempuan pulak tu.  And dia kata, laluan yang dia pakai untuk hantar kitorang ballik tu dia tidak pernah ada pengalaman melaluinya.  So, kitorang ...................  Sunyi seketika. Tapi maksik teksi tu peramah gila nak mampus.  Dia siap nyanyikan kitorang lagu pulok tu..(jadi suara latar lagu dari radio je) hehe..
       
      Penat gila, tapi best kowt.. Kitorang plan nak pegi lagi, tengok movie "HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA" pulak.  Cerita tu cool gila.. Macam cerita orang barat atau cerita orang China buat..  Hebat!!






No comments:

Post a Comment