Friday, February 18, 2011

Ernie! Kesabaran Amat Diperlukan Di Sini!!

   Hampeh betul..semalam pada tarikh 17 Februari 2011, aku telah meng-upload sebuah Music Video kumpulan Super Junior - Bonamana..  Ingatkan boleh promosi lagi sebab aku tahu lagu tu memang dah lama berkecimpung dalam dunia hiburan tanah air korea dan juga Malaysia tapi saja-saja nak letak kan... Tetapi malang telah menimpaku apabila aku terpaksa meng-cancelnya sebab kesabaran yang tinggi amat diperlukan untuk menunggunya ter-upload menggunakan wifi yang dijual di kolej UNIKOP yang tercinta ini ..

   Huhuhu... kenapa in harus berlaku kepadaku yang masih baru dalam dunia blogger nie..huh!!  Sabar je lah.. Tahu tak berapa lama aku menunggu upload itu??  Selama 3 hari 2 malam (cerita nak gempak)..hehehe..tak ada lah..  Masa yang aku ambil untuk menunggunya hanya selama 1 hari sahaja..  Disebabkan ke-excitad-an aku meng-upload MV tu, aku telah mengorbankan masa tidur malamku..  Aku mula tidur pada pukul 5:15 pagi, itu pun sebab mata aku dah layu dan menunggu masa untuk ditutup sahaja..  Akhirnya aku pun selamat...selamat tidur..  Lepas tu aku dengar orang berkata 'ernie! ernie!  bangun.. dah pukul 8:33 dah..kelas ko pukul 9 kan??'  aku tersedar, rupanya Hanni kejutkan aku..

  Alamak!!  Kelas aku!! ..cepat-cepat aku bangun terus pegi mandi and iron baju.. Nasib naik sempat.....Eah?  Nie dah lari tajuk nie...!  Hehe..surry!!  Tapi itupun ada kaitan kes aku nie..haha.. Bahana meng-upload video pada waktu tengah malam dan awal subuh..  Tapi semua tu aku lakukan semata-mata untuk blog aku nie juga..sama juga kalau menjual..  Kalau tiada barang-barang yang nak dijual, macam mana kedai tu boleh laku??  So, aku ambil contoh ini untuk blog nie.. Kalau aku tak mang-upload cerita-cerita baru atau something yang menarik dalam blog aku nie.. tak adalah orang yang nak jadi follower aku..kan kan kan??

   Sambung cerita awal tadi..  Nasib baiklah kelas pagi tu, kelas typing.. so aku boleh jenguk peng-upload-tan video aku tu..hah??  Oh, aku bawa laptop sendiri, so aku boleh buka la..hehe..takde soalan lagi??  OK..sambung.. Bila aku dah buka tu, OMG.. satu penemuan baru yang membuatkan aku tidak akan mengulanginya lagi..  Peng-upload-tan tu tak siap-siap lagi.. huhu... Kalau kat situ, aku boleh sabar lagi la, bak kata Azizah Mahzan dalam movie Cuti-Cuti Cinta tu..Kesabaran amat diperlukan disini...!..

   Tunggu punya tunggu...kelas dah habis..tapi upload tu tak habis-habis lagi..eeee!!! geramnya aku..Super Junior punya pasal la nie..eee!!  tapi aku sabar lagi..kesabaran aku tinggal nyawa-nyawa ikan je...macam telur dihujung tanduk..so aku pegi kelas lagi satu an, balik tu aku buka laptop..Ya Allah, Ya Rabbi...tak siap-siap lagi..??  Aku dengan kesabaran yang telah hilang telah pun meng-cancel peng-upload-tan tu dari terus menghantui diriku..dan seterusnya membuat aku gilax!!


macam nie reaksi muka aku ketika itu...MARAH!!

  Aku dah serik nak apload video lagi...this is the first and the last one...  Just enough!!  Don't want again..!!  AAAAAAAAA!!!!

No comments:

Post a Comment